Jun 06 2008
Posted by sufian jc in Buat duit, Info & Berita Ebiz |
Salam sejahtera….
Moga anda dalam keadaan yang sihat dan tenang, walaupun ketika negara sedang kecoh dengan kenaikan harga minyak sehingga RM0.78 seliter (bagi petrol) dan kenaikan RM1 (bagi diesel). Hari ini saya tidak mahu menulis atau membincangkan pasal kenaikan harga minyak, nanti apabila berkesempatan, saya akan bincangkan sedikit sebanyak dan saya juga akan mengutarakan satu teori yang sepatutnya diketahui oleh orang ramai khususnya bagi anda yang menjadi usahawan internet / cyber (bagi yang tidak menjadi usahawan pun, teori ini berguna kepada anda kerana anda adalah pengguna yang bernama manusia, betul tak)
Teori ini bukan sekadar omong-omong kosong, tetapi telah diuji secara saintifik. Nak tau apa dia?? Nantikan artikel-artikel saya di masa akan datang
Oh ya, untuk sambungan post yang bertajuk “Perniagaan ebook tak laku di internet” seperti yang saya nyatakan sebelum ini, akan saya lakukan (sambung) apabila saya telah menerima komen daripada 10 pembaca (jadi apa lagi, berilah komen dan pandangan anda)
Hari ini saya sekadar ingin memberitahu satu lagi peluang untuk anda buat duit sampingan di internet.
Baiklah selepas memberikan intro yang agak panjang di atas tadi, coretan saya kali ini hanya sekadar ingin mewar-warkan kepada pembaca-pembaca blog JC mengenai tawaran kerja sampingan (part time job) oleh team SaifulSham. Sebagaimana yang anda tahu, team SaifulSham yang diasaskan oleh dua orang anak muda bernama Sabri dan Shazwan begitu dikenali dalam kalangan usahawan internet Malaysia (malah mereka juga memasuki pasaran perniagaan internet antarabangsa). Apa pekerjaan yang ditawarkan? Erm ada 4 position yang ditawarkan iaitu:
1) Management “Star” Members
2) Customer Support “Star” Members
3) Content “Star” Members
4) Design “Star” Members
Tawaran kerja sampingan ini boleh anda lakukan dengan memilih sama ada mahu berkerja 1 jam sehari selama 5 hari seminggu, atau melebihi 5 jam sehari, 5 hari seminggu.
Apakah syarat-syarat dan kriteria pemilihan, serta faedah yang akan anda perolehi apabila menjawat jawatan-jawatan yang ditawarkan itu, anda boleh la tengok sendiri di laman web SaifulSham ini. Semoga info ringkas daripada saya ini akan dapat memberikan anda duit tambahan kepada anda (sempena kenaikan harga minyak kali ini) dan mendapat faedah-faedah, serta pengalaman dan juga ilmu daripada team SaifulSham atas kerja sampingan yang anda lakukan tersebut.
Pssttt…pada tajuk post saya tu saya letak 3 bulan dan ke atas, bukan tawaran kerja ini untuk mereka yang berumur 3 bulan ok hehehhe…, tetapi tawaran kerja sampingan ini akan mengambil tempoh masa antara 3 bulan dan ke atas (mengikut performance anda). Boleh baca di laman blog SaifulSham. Jangan tersalah anggap k, jangan marah, nanti lekas tua ![]()
Jun 04 2008
Posted by sufian jc in Motivasi Usahawan, Santai |
Salam sejahtera….
Post kali ini hanyalah sebagai iklan dan selingan kepada post yang sebelum ini iaitu “perniagaan ebook tak laku di internet”. Saya akan publish sambungan artikel tersebut selepas daripada ini (saja nak tunggu lagi komen dan pandangan daripada rakan-rakan pembaca blog JC ni)
Harga petrol dah naik?? Yup, itu berita terkini yang diterima. Harga petrol telah naik sebanyak RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa jam 12.00 tengah malam nanti. Harga petrol sebelum ini (setakat artikel ini ditulis) sebagaimana yang semua ketahui adalah RM1.92 seliter. Berapa pula harga diesel? Harga diesel turut naik sebanyak RM1.00 iaitu daripada RM1.58 kepada RM2.50 seliter.

Sumber gambar: Utusan Malaysia
Ermm nampak gayanya harga barang dan makanan juga pastinya sedikit sebanyak akan turut naik berikutan kenaikan harga petrol dan diesel ini. Jadi kepada para pembaca sekalian, tidak ada masa lagi untuk kita berdiam diri, gunakanlah saluran internet untuk menambahkan pendapatan yang sedia ada. Jika sebelum ini, ada yang memandang sepi kepada usahawan internet atau usahawan cyber atau apa jua gelaran yang diberi, kini bukan lagi masa yang sesuai untuk kita memberi 1001 alasan untuk menidakkannya. Jika anda tidak mahu menjadi usahawan sebagai cara untuk menambah pendapatan, jadi seorang blogger secara sambilan / sepenuh masa, mahupun menyertai affiliate marketing atau publishing business pun masyuk juga, yang penting kena ada cara dan strateginya
Percayalah, rezeki ada di mana-mana, cuma kita perlu mengambil dan menggunakan peluang yang ada. Saranan ikhlas daripada saya.
ps: Dikhabarkan stesen-stesen minyak sedang penuh sekarang ini diserbu oleh orang ramai.
Jun 02 2008
Posted by sufian jc in Motivasi Usahawan, Santai |
Salam bahagia pembaca-pembaca sekalian,
Moga anda sentiasa sihat sejahtera hendaknya. Siapa di antara pembaca yang tidak pernah membaca ebook walau apa jua jenis sekalipun? Atau mungkin pernah dengar perkataan ebook tetapi tidak tahu apa itu ebook? Atau siapa yang tahu perniagaan penjualan ebook jenis apa yang begitu mendapat sambutan di Malaysia akhir-akhir ini? Hoho banyak betul soalan saya awal-awal ni. Baiklah untuk permulaan post kali ini, suka saya memulakannya dengan satu cerita pendek untuk anda baca dan renung-renungkan.
Ada seorang usahawan cyber atau saya gelarkan Si A, telah memulakan perniagaan internetnya dengan menjual ebook yang diperolehinya beserta lesen Resell Rights (lesen hak jualan semula). Baru-baru ini kawan Si A iaitu Si B ada ber’chatting’ dengan Si A, yelah kawan lama pastinya ingin bertanya kabar setelah lama tidak berjumpa dan masing-masing telah bekerja setelah tamat pengajian.
Semasa berchatting, Si B ini ada bertanya kepada Si A, “Aku tengok di internet sekarang ni dah ramai sangat orang yang jual ebook. Kau pun ada jual ebook kan? Lakukah kau jual ebook di internet ni? Ada ker orang yang beli ebook kau tu?”
Dengan ringkas Si A menjawab “laku, ya ada”.
Untuk pengetahuan anda Si A sengaja tidak menjawab panjang lebar kerana dia telah dapat membaca apa yang bermain di fikiran dan di hati rakannya iaitu Si B (fuhh… Si A ni macam nujum Pak Belalang pulak boleh membaca hati dan pemikiran orang). Si A juga tidak….. (cerita ini tergantung sementara, nantikan sambungannya pada post yang akan datang).
Para pembaca blog JC yang dihormati sekalian,
Apakah intipati dan pengajaran yang boleh anda ambil daripada cerita ringkas di atas? Saya berharap anda tidak menggunakan alasan “Opss…cerita tu tergantung, macam mana saya nak tau apa pengajarannya” :p
Ya memang benar jika anda katakan cerita pendek tu tergantung (dan mungkin ada sambungannya), tetapi untuk seorang usahawan cyber yang berfikiran kritis lagi kreatif pastinya anda dapat sesuatu iktibar atau idea daripada cerita di atas.
Saya ingin benar mendengar komen atau idea anda berkaitan cerita tersebut. Sila berikan apa jua komen atau idea anda dengan menulis pada rungan komen di bawah. Psstt…mungkin ada hadiah untuk sesiapa yang meninggalkan komen atau idea terbaik berkaitan cerita pendek di atas
Jom berikan idea dan komen anda.
May 28 2008
Posted by sufian jc in Adsense, Info & Tips Ebiz |
Jana Wang Adsense Anda Sekarang.
Salam sejahtera…..
Saya doakan moga anda dalam keadaan sihat dan cergas dari segi fizikal, mental dan rohani
Pada dua hari yang lepas saya ada membuat sedikit preview tentang Ebook Percuma: 6 Modul Adsense yang mana boleh membantu anda dalam menambah pendapatan menerusi Google Adsense. Adakah anda telah memuat turun ebook tersebut? Jika belum, anda boleh memuat turun secara Percuma menggunakan link di bawah ini :

http://www.jejakcyber.com/JCMembers/freedownload
Untuk pengetahuan anda, En.Munawwar (yang juga penulis ebook 6 Modul Adsense) telah melancarkan ebook Jana Wang Adsense versi 2.0 semalam. Ebook ini adalah lanjutan kepada ebook 6 Modul Adsense yang telah saya berikan secara PERCUMA sebelum ini. Ebook Jana Wang Adsense (JWA) yang dilancarkan kali ini bukan sahaja memberikan panduan tentang Google Adsense dan trik-trik, strategi serta teknik yang terbaik untuk Google Adsense anda, malah ebook ini mengupas dan menerangkan juga bagaimana untuk menarik trafik ke laman web / laman blog anda. Lebih banyak trafik, lebih tinggi peluang earnings anda. Pssttt…trafik yang berkualiti juga penting selain kuantiti trafik itu sendiri k
Mungkin anda bertanya, adakah teknik untuk menarik trafik yang ditunjukkan di dalam ebook JWA ini boleh digunakan untuk blog atau laman web lain selain Adsense? Ya, panduan yang diterangkan ini bukan sahaja anda boleh gunakan untuk laman web atau laman blog Adsense anda, tetapi juga boleh digunakan untuk apa jua tujuan seperti untuk menarik trafik bagi tujuan program Affiliate anda, laman perniagaan anda dan lain-lain lagi. Hoho…. saya pasti inilah ebook yang anda tercari-cari dan nanti-nantikan selama ini.

Oh ya, tetapi sedikit berita yang kurang enak ialah En.Munawwar telahpun memberhentikan penjualan ebook JWA v.2 ini buat sementara waktu (beliau berhentikan sementara kerana trafik yang datang untuk membeli ebook beliau ini begitu tinggi, 11.63Gb bandwitdh yang telah digunakan. Wau!! mungkin dah ‘overload’ atau server down akibat permintaan yang begitu tinggi hehe…)
Namun begitu, berita yang enak lagi menggembirakan untuk anda ialah saya akan memberikan anda RM10-20. Nak tahu bagaimana? Anda download dahulu ebook 6 Modul Adsense yang diberikan secara PERCUMA dan saya akan beritahu kepada anda bagaimana caranya.
Download secara PERCUMA di sini sekarang
PS: Jangan lupa beritahu dan sebarkan kepada rakan-rakan anda yang lain tentang peluang mendapatkan “Angpau” daripada saya kali ini ![]()
May 26 2008
Posted by sufian jc in Adsense, Free download |
Salam sejahtera….
Bagi anda yang baru mula berkecimpung di dalam program Google Adsense dan agak sayang
untuk mengeluarkan kos bagi mendapatkan ebook-ebook panduan Google Adsense yang sememangnya laku bak goreng pisang panas, kini anda tidak perlu lagi risau kerana saya akan berkongsi dengan anda sebuah ‘Modul Bocor’ yang berkaitan dengan Google Adsense. Nak tahu apa dia? Di bawah ini jawabnya.
Jika anda berazam dan memang berkeinginan menambah pendapatan di internet melalui program Google Adsense, inilah sebuah ebook PERCUMA yang memberi panduan bagaimana teknik dan strategi memulakan Google Adsense dengan ‘betul’. Panduan yang diberikan oleh saudara Munawwar di dalam ebook ini mudah dan jelas, ditunjukkan langkah satu per satu, begitu komprehensif dan pragmatik untuk kita praktikkan. Tiada modal diperlukan. Jadi dapatkan sekarang ebook PERCUMA ini. Download di sini.
PS: Kepada pembaca-pembaca yang telah lama berkecimpung dengan Google Adsense, ebook ini tetap memiliki nilai dan sesuatu yang berharga untuk anda. ![]()
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jun | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||