Salam sejahtera….
Baiklah seperti yang saya nyatakan pada post sebelum ini, saya akan memberitahu anda, para pembaca budiman tentang satu seminar yang telah saya ikuti baru-baru ini. Pada Ahad (11 Mei 2008) yang lepas, saya telah mengikuti satu seminar perniagaan internet di Hotel Armada, PJ, Selangor. Apakah nama seminar tersebut? Jom Seminar! Ya, itulah nama seminar tersebut. “Jom Seminar” adalah satu seminar yang mengumpulkan 5 orang speaker yang sememangnya hebat dalam dunia perniagaan internet dan menjana pendapatan di internet. Anda ingin tahu siapakah mereka? Sebentar lagi saya akan beritahu. Oh ya, yang menariknya tentang seminar ini adalah selain daripada mengumpulkan 5 orang speaker yang telah menjana pendapatan di internet mencecah 5 angka sebulan setiap seorang, seminar ini juga mengumpulkan ramai usahawan cyber yang terkenal, mengumpulkan usahawan-usahawan baru dan juga bakal usahawan cyber tentunya.
Di dalam seminar ini, pendedahan, panduan, strategi serta teknik-teknik yang digunapakai oleh 5 orang speaker hebat telah dibongkarkan. Jika anda ingin mencari ilmu tentang menjana pendapatan di internet secara mudah tanpa perlu melakukan eksperimen sendiri dan mengambil masa yang lama, maka Jom Seminar adalah cadangan untuk anda. Baiklah anda pastinya ingin kenal siapakah 5 orang pakar yang menjadi speaker pada seminar tersebut, betul tak?
Inilah dia 5 orang usahawan cyber yang telah menjana pendapatan 5 angka sebulan yang saya maksudkan. Mereka ialah En. Samsul Zamzuri (Alang), En. Syed Mohd Saiful Ikhwan (Syed Ikhwan), En. Gobala Krishnan, En. Fuad Latip dan En. Yusry. Di bawah ini adalah gambar mereka yang handsome dan smart belaka pada hari seminar tersebut hehe

En. Samsul Zamzuri atau lebih dikenali dengan panggilan Alang merupakan salah seorang speaker pada Jom Seminar yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kalau anda ingin kenal lebih lanjut, baca di blog beliau www.szab.net/blog. Dalam seminar ini, Alang telah membongkar rahsia yang digunakannya untuk menjana pendapatan di internet sehingga 5 angka sebulan. Saya amat teruja ketika beliau membongkarkan tentang web direktori yang diusahakannya. Nampak seperti mudah tetapi tetap memerlukan ’sedikit usaha’ yang tersusun. Terima kasih kepada Alang yang murah dengan senyuman dan ramah dengan peserta ![]()

En. Syed Mohd Saiful Ikhwan atau seringkali dipanggil dengan panggilan ringkas Syed Ikhwan sahaja merupakan sifu Adsense yang memang hebat. Jika ingin berguru dengan beliau secara personal sahaja memakan kos sekurang-kurangnya RM300/jam. Malah yang menariknya beberapa orang penulis ebook yang hangat di pasaran ketika ini juga pernah berguru dengan beliau sebelum ini. Di seminar ini, saudara Syed Ikhwan telah menunjukkan strategi dan teknik yang berkesan untuk meningkatkan pendapatan menerusi Google Adsense. Saya pasti, di dalam forum tertutup untuk ahli/peserta seminar nanti, beliau akan berkongsi lebih banyak lagi teknik dan trik bermula daripada whitehat, greyhat mahupun blackhat. Terima kasih kepada sifu adsense kita ![]()

Encik Yusry (bukan Yusry KRU ok) adalah merupakan salah seorang speaker yang agak misteri bagi kebanyakan peserta. Kenapa saya katakan begitu? Ini kerana beliau merupakan seorang yang low profile (tetapi ada “class” apabila memberi talk)
. Ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai beliau, tetapi beliau lebih gemar merahsiakan identitinya daripada tatapan umum. Ermm tapi rasanya saya dapat tahu siapa beliau di dunia cyber dan yang mana satu blog beliau heheh
Di Jom Seminar, beliau telah mengupas dan membongkar tentang salah satu punca menjana pendapatan di internet yang semakin popular kini iaitu PPL / CPA. Dengan hanya optin _____ sahaja daripada seorang prospek, kita boleh mendapat sehingga beberapa USD. Sememangnya sesuatu yang masih baru pada saya, dan ilmu serta panduan mengenai CPA ini pastinya amat menguntungkan jika dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Terima kasih kepada En. Yusry, otai IM yang berkarisma!

Encik Fuad Latip (yang berbaju merah berdiri di sebelah kanan, ok), juga merupakan salah seorang speaker di dalam Jom Seminar. Pada pandangan saya, beliau tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sememangnya beliau telah terkenal khususnya kepada mereka yang meminati dan ingin mendalami tentang teknik SEO. Buku beliau iaitu 15 Teknik Efektif Internet Marketing sahaja telah menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang mahir bereksperimen dan membuat kajian terutamanya tentang SEO. Di dalam seminar ini, beliau yang juga seorang pensyarah di salah sebuah universiti tempatan telah mendedahkan rahsia dan teknik untuk mengoptimakan SE. Fuhh…memang tidak terfikir oleh saya pada awalnya tentang teknik seperti ini. Beliau juga telah memberikan penerangan teknikal secara hands-on di dalam seminar ini. Sungguh bertuah rasanya mendapat seorang speaker yang sememangnya mempunyai kepakaran dalam teknik SEO. Anda bayangkanlah beliau telah membeli dan menggunakan 20 domain name berbayar untuk membuat kajian berkaitan teknik SEO ini. Memang “tabik spring” kepada sifu Fuad Latip! Oh ya, terlupa saya untuk memberitahu anda, yang berdiri di sebelah kiri saya adalah seorang kartunis yang terkenal. Anda nak tahu siapa dia? Ya, beliau adalah kartunis Ubi
(psstt…seorang kartunis terkenal juga turut sama mahu menambahkan ilmu dan pendapatan menerusi internet, anda bagaimana pula?)

Encik Gobala Krishnan, saya minta maaf ya kerana tidak sempat bergambar dengan beliau. Selepas tamat seminar dan sesi bergambar beramai-ramai bersama semua peserta, beliau telah bergegas untuk beredar. Pastinya jadual beliau sungguh padat dan agak sibuk. Rasa rugi pula kerana saya lambat bergambar dengan beliau, tak dapat nak ambil aura bergambar bersama beliau ohhh
…tetapi tidak mengapa, yang penting ilmu yang disampaikan oleh En.Gobala ini begitu menarik perhatian saya. Kenapa saya katakan begitu? kerana beliau telah mendedahkan teknik Super Affiliate yang beliau sendiri laksanakan sehingga pendapatan yang beliau perolehi menerusi internet sudah pastinya 5 angka sebulan. Beliau adalah seorang usahawan cyber bertaraf dunia, malah usaha beliau bersama rakan-rakannya telah berjaya mencapai USD69,000 hanya dalam tempoh 7 hari. Beliau seorang speaker berpengalaman yang pandai mencuit hati para peserta dengan lawak spontannya dan pastinya teknik dan rahsia Super Affiliate beliau ini amat mahal dan tinggi nilainya kepada peserta Jom Seminar. Terima kasih sifu Gobala
(oh ya anda boleh menonton video temuramah beliau bersama Labanon dari Team Flarebiz dan juga Alang di salah satu laman web beliau iaitu internetmillionaires.com.my. Sememangnya sempoi Mr.Gobala ini walaupun beliau seorang usahawan internet yang bertaraf dunia)

Dan ini pula adalah gambar saya bersama team Flarebiz yang sememangnya telah terkenal (dari kiri Ecaros, Labanon, saya dan Kaizen). Oh ya pastinya jika anda membaca Majalah IM, anda akan teringat akan Team Flarebiz yang begitu bersungguh-sungguh menyediakan bahan bacaan berbentuk ezine berkaitan dunia ebiz ini. Pssttt…Majalah IM edisi ke4 telah diterbitkan, anda boleh download sekarang.
Oh ya tidak ketinggalan semasa berlangsungnya seminar ini, beberapa IM tempatan yang memang telah dikenali sebelum ini seperti En.Azam RinggitHit dan Aminbeb juga ada. Sempat juga saya bertemu mereka ini. Tidak lupa juga kepada Haji Zainal seorang usahawan yang saya baru kenali di seminar ini. Seronok juga dapat bertukar-tukar pendapat dengan beliau. Jika saya mengikuti Jom Seminar pada hari sebelumnya iaitu pada hari Sabtu pastinya ramai lagi otai-otai IM yang dapat saya temui. Antaranya yang saya ketahui telah turut hadir di dalam seminar ini ialah saudara Shuth, Sham RajaAdsense, Noorizam, Kak-G dan ramai lagi.
Kepada anda, para pembaca blog JC jika anda mempunyai kelapangan dan “benar-benar berkeinginan menjana pendapatan di internet” dengan jalan pintas (bukan skim cepat kaya atau pelaburan internet, k) tetapi yang saya maksudkan ialah jalan yang telah dilalui dan digunapakai oleh 5 orang pakar seperti yang saya sebutkan di atas tadi yang telah menjana pendapatan 5 angka sebulan, maka saya sarankan anda mengikuti seminar perniagaan internet seperti Jom Seminar ini. Saya amat yakin pulangan yang bakal anda terima adalah berlipat kali ganda daripada kos yang anda laburkan untuk menyertai seminar seperti ini. Oh ya, selain pulangan yang bakal diterima, yang penting pada pandangan saya adalah support yang berterusan di dalam forum tertutup oleh otai-otai internet marketing ini yang pastinya amat mahal jika kita mendapatkannya secara persendirian dengan mereka.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada 5 orang speaker yang hebat dan pakar dalam menjana pendapatan di internet kerana sudi berkongsi ilmu, pengalaman dan teknik-teknik yang hebat dan semestinya berkualiti
Ermm….keadaan fizikal saya masih sedikit lemah akibat demam dan selsema, mungkin kerana terlalu banyak ilmu, tips dan teknik yang diterima di dalam seminar ini heheh. Saya ingin masuk berehat, saya doakan anda para pembaca blog JC moga terus berjaya di dalam bidang yang anda ceburi khususnya kepada mereka yang telah mula meminati untuk menjana pendapatan di internet tanpa memerlukan modal perniagaan yang besar.
p/s: Jika anda ada sebarang komen atau pandangan, sila tinggalkan pesanan mesej anda di ruangan komen. Pandangan yang bernas dan komen yang membina amat saya hargai. Terima kasih.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply