Salam bahagia pembaca-pembaca sekalian,

Moga anda sentiasa sihat sejahtera hendaknya. Siapa di antara pembaca yang tidak pernah membaca ebook walau apa jua jenis sekalipun? Atau mungkin pernah dengar perkataan ebook tetapi tidak tahu apa itu ebook? Atau siapa yang tahu perniagaan penjualan ebook jenis apa yang begitu mendapat sambutan di Malaysia akhir-akhir ini? Hoho banyak betul soalan saya awal-awal ni. Baiklah untuk permulaan post kali ini, suka saya memulakannya dengan satu cerita pendek untuk anda baca dan renung-renungkan.

Ada seorang usahawan cyber atau saya gelarkan Si A, telah memulakan perniagaan internetnya dengan menjual ebook yang diperolehinya beserta lesen Resell Rights (lesen hak jualan semula). Baru-baru ini kawan Si A iaitu Si B ada ber’chatting’ dengan Si A, yelah kawan lama pastinya ingin bertanya kabar setelah lama tidak berjumpa dan masing-masing telah bekerja setelah tamat pengajian.

Semasa berchatting, Si B ini ada bertanya kepada Si A, “Aku tengok di internet sekarang ni dah ramai sangat orang yang jual ebook. Kau pun ada jual ebook kan? Lakukah kau jual ebook di internet ni? Ada ker orang yang beli ebook kau tu?”

Dengan ringkas Si A menjawab “laku, ya ada”.

Untuk pengetahuan anda Si A sengaja tidak menjawab panjang lebar kerana dia telah dapat membaca apa yang bermain di fikiran dan di hati rakannya iaitu Si B (fuhh… Si A ni macam nujum Pak Belalang pulak boleh membaca hati dan pemikiran orang). Si A juga tidak….. (cerita ini tergantung sementara, nantikan sambungannya pada post yang akan datang).

Para pembaca blog JC yang dihormati sekalian,

Apakah intipati dan pengajaran yang boleh anda ambil daripada cerita ringkas di atas? Saya berharap anda tidak menggunakan alasan “Opss…cerita tu tergantung, macam mana saya nak tau apa pengajarannya” :p

Ya memang benar jika anda katakan cerita pendek tu tergantung (dan mungkin ada sambungannya), tetapi untuk seorang usahawan cyber yang berfikiran kritis lagi kreatif pastinya anda dapat sesuatu iktibar atau idea daripada cerita di atas.

Saya ingin benar mendengar komen atau idea anda berkaitan cerita tersebut. Sila berikan apa jua komen atau idea anda dengan menulis pada rungan komen di bawah. Psstt…mungkin ada hadiah untuk sesiapa yang meninggalkan komen atau idea terbaik berkaitan cerita pendek di atas ;) Jom berikan idea dan komen anda.

Kongsi dan Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • Ma.gnolia
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb
  • e-mail
  • Live
  • Socialogs
  • Technorati
  • Digg
  • Facebook