|
Terma
dan Syarat
Berikut adalah terma
dan syarat untuk "Pakej Ebook Panduan Wordpress" atau
dikenali juga dengan "Siri 1 Kit Blogger Malaysia".
Dengan membaca terma dan syarat ini, maka anda terikat sepenuhnya
terhadap perkara tersebut.
Harga Ebook, Pengkhususan,
Hak Eksklusif dan Ruang Support Khas
1. Harga tetap untuk
Pakej Ebook ini adalah RM50.00, melainkan jika pihak kami melakukan
sebarang promosi atau potongan harga atau dalam maksud yang lain
menurunkan kepada harga yang lebih murah, maka harga akan kurang
daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga berhak menaikkan harga
apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan
terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.
2. Harga RM50.00 adalah
untuk "Ebook Panduan Asas Wordpress", "Pelan Tindakan Kit Blogger",
"Ebook Buat Duit Dengan Blog", "Panduan Ekspres Membina Blog"
dan "Senarai Semak Tindakan". Lain-lain 'bonus' adalah bahan tambahan
semata-mata dan tidak tertakluk kepada harga pakej ini. Maka,
bonus 'add on' yang dinyatakan di laman "sales letter"
bila-bila masa boleh diberhentikan penawarannya.
3. Jika kami dapati
anda menggunakan ebook yang diperolehi daripada sumber yang haram
(cetak rompak), maka kami akan menggunakan apa sahaja cara termasuk
tindakan undang-undang. Pakej ebook ini hanya boleh diperolehi
melalui laman web bloggingsteps.com/kit atau reseller yang sah
sahaja.
4. Pakej Siri 1 Kit
Blogger ini lebih menumpu kepada "Cara Membina dan Memulakan
Blog Dengan Betul". Pakej ini tidak sama sekali mengajar
secara khusus mengenai program affiliate, google adsense atau
cara buat duit dengan cara-cara yang lain. Namun ia akan disentuh
juga secara umum sahaja.
5. Hanya pembeli yang
sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan bonus
eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini.
6. Ruang Support
Khas iaitu sebuah laman sokongan untuk pembeli tidak dijamin
akan kekal selamanya. Ia mungkin akan dihentikan pada masa-masa
yang tidak dijangka jika keadaan terdesak dan memerlukan tindakan
sebegitu.
7. Di ruang support
khas, pihak kami akan sedaya upaya memberikan bantuan dari segi
teknik, tip dan panduan seperti yang dijanjikan di muka surat
"sales letter".
Jaminan Pulangan
Wang
1. Pihak bloggingsteps.com
menjanjikan pulangan wang selama 30 hari dari tarikh anda
menerima Pakej Ebook ini, namun dengan beberapa syarat 'ketat'
seperti berikut:
-
Pembeli telah
berusaha dengan bersungguh-sungguh mengaplikasikan segala
panduan, tip dan teknik yang diberikan di dalam pakej ebook
ini. Kami hanya mahu ber-urusan dengan mereka yang serius
sahaja seperti yang kami nyatakan di laman utama "sales
letter".
-
Pembeli yang ingin
dapatkan kembali wang bayaran mereka, perlu menunjukkan bukti
usaha mereka samada blog yang dibina, hasil semasa usaha tersebut
dan beberapa perkara yang akan diminta sewaktu permohonan
pulangan kembali wang bayaran. Tanpa beberapa bukti usaha
pembeli, pihak kami berhak menolak permohonan pulangan wang.
-
Syarat-syarat
ketat sebegini dikenakan adalah kerana produk ini adalah digital
dan pihak kami tidak nampak apa yang dilakukan oleh pembeli.
2. Bayaran wang akan
dipulangkan kembali kepada pembeli dalam tempoh tujuh hari
selepas tarikh pengesahan permohonan pulangan wang yang berjaya.
3. Namun, jika Pakej
Ebook ini mengandungi unsur-unsur yang meragukan, membahayakan
pihak pembeli dan orang ramai, teknik-teknik yang salah di sisi
undang-undang atau etika internet, maka kesemua syarat di atas
akan terbatal dengan sendirinya. Wang bayaran anda akan dipulangkan
tanpa sebarang soalan dengan syarat JIKA pihak pembeli berjaya
membuktikan perkara-perkara tersebut.
Penerimaan Bayaran,
Pesanan dan Link Download Ebook
1. Anda (pembeli)
mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah di-aturkan
agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah.
2. Anda sebagai pembeli
perlulah memasukkan maklumat yang betul ke dalam borang pesanan
dan pengesahan bayaran di bahagian halaman pembelian. Kegagalan
anda melakukan hal ini dengan cermat, akan melambatkan proses
pengesahan pembayaran dan penghantaran link download kepada anda.
3. Link download ebook
mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik' anda. Jika kami dapati
anda mengedarkan link download, kami akan bertindak tegas.
4. Sebarang masalah
dengan link download, file rosak (corrupt) atau sebagainya, sila
laporakan kepada kami dengan segera untuk kami selesaikan masalah
tersebut.
5. Kebiasaannya, file
ebook adalah tidak bermasalah, cuma talian internet pembeli yang
bermasalah menyebabkan file tidak dapat di-download dengan sempurna.
Maka ia adalah di luar daripada bidang kami. Jika ia berlaku,
kami akan bantu anda melalui beberapa alternatif lain.
- Tamat Terma &
Syarat -
Jika anda bersetuju
dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli Pakej Ebook
Wordpress ini.
Jika tidak bersetuju,
maka anda tidak digalakkan membeli Pakej Ebook Wordpress ini untuk
mengelakkan ketidakpuashatian anda kelak.
|
Home
| Pembelian
| Hubungi
Kami |
|
Penafian
| Syarat & Terma | Blog
|
|